Wednesday, May 22, 2013

TIPS TRIP KE BANDUNG

di sini ak nak share dan sume org tips-tips yg boleh di pkai kalo nak g bandung...ni tips sebelum, semasa di airport dan semasa di bandung....hope dapat membantu and bg panduan...actually tips ini ak prepare untuk ahli group ak join ni....majoriti first time g bandung...so leh la dorg wat panduan....


Tips shopping di bandung

Sebelum berangkat ke Bandung

  1. Passport
  2. Duit rupiah
  3. Bag nyonya (Boleh beli dibandung)
  4. Senarai barang yang ingin dibeli
  5. Pakaian ringkas dan kasut tidak bertumit
  6. Aktifkan atm card untuk pengeluaran di oversea
  7. Tiba di LCCT awal boleh ambil gambar di sana atau 1 jam sebelum berlepas
  8. Di LCCT boleh parking murah satu hari RM16 di Tune hotel atau Pusrawi
  9. Jangan lupa bawak camera
  10. Jangan lupa bawa pen
  11. Bawak baju untuk sehari pun ok coz boleh beli di pasar baru
  12. jangan lupa bawa itinerary yang telah diberi

Semasa di LCCT

  1. Pastikan semua yang diatas di bawa
  2. Tiba awal
  3. Tempat scan barang dan badan perlu tanggalkan tali pinggang so pastikan pakai seluar yang tidak longgar.tak pasal2 ada free show.
  4. Ambil gambar setiap lokasi sebagai kenangan

Semasa dalam flight

  1. Duduk mengikut seat yang terdapat dalam tiket
  2. Isi borang terus yang diberi oleh pramugari (guna pen yang dah bawa siap2) dan simpan dalam passport
  3. Makan breakfast sampai habis kerana sampai bandung terus shopping
  4. kalau sempat ambil masa untuk tido dan rehat sebab nak guna tenaga untuk shopping di bandung
  5. jangan lupa ambil gambar ye dalam flight
  6. Sila ingat tempat letak beg dan apa dan berapa beg yang dibawa


  7. Semasa di bandung/Pasar baru

    1. Simpan keratan kad lepas dari imigresen di bandung dan simpan siap2 dalam pasport.
    2. Waktu di bandung lewat sejam..masa dalam itinerary mengikut waktu Malaysia.sila tolak satu jam ye..
    3. Sila jaga beg galas masing2. pastikan beg berada di bahagian depan badan. Banyak pencopet di pasar baru
    4. Sila bawa kemana sahaja senarai tukaran wang yang diberi
    5. Boleh beli sim card indon di airport bandung
    6. Pandai tawar harga setiap barang yang dibeli dan berkenan. Kalau harga yang berkenan tak dapat n cr kedai lain pastu datang balik kedai tuh susah nak jumpa balik dan membuang masa dan memenatkan. Harga di antara kedai sana lebih kurang sama sahaja.
    7. Beli beg nyonya di pasar baru dan tawar sampi harga IDR 25k ke 20k. Jangan lupa beli key chain…murah…
    8. jangan layan penjaja jalanan. Kalau berkenan tanya dan tawar dan beli…kalau tak diorang akan ikut kita dan paksa beli.
    9. setiap kali beli barang pastikan minta resit
    10. Sila tepati masa mengikut itinerary yang diberi
    11. Beli ole makan bandung di luar pasar baru..murah dan pelbagai..
    12. luar pasar baru pun ada jual baju murah.
    13. jangan beli belerang di tangkuban perahu sebab tak boleh bawak balik Malaysia…nnt meletop kapal terbang
    14. Masakan padang akan hidang semua lauk..makan apa yang nak sahaja..yang lain asingkan sebab dia cas apa yang kita makan and dah sentuh
    15. Spare duit IDR35000 untuk wrapping bag di airport jika nak…
kalo ada yg nak tanya jgn segan silu ye...

No comments:

Post a Comment